‘Recap’ 14 isu paling kontroversi sepanjang 2024 di Harapan Daily

Harapan Daily menutup layar 2024 dengan 14 isu kontroversi yang paling mendapat perhatian pembaca di portal ini.

Ini antara berita yang paling panas dan meraih lebih 100,000 pembaca.

1) Isu skim pencen penjawat awam yang bakal diganti dengan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sempat menjadi perhatian ramai dan dikritik. Tapi penjelasan ini paling menarik untuk dihadam.

Pautan: Ini rupanya sebab kenapa skim pencen sekarang rugikan anak cucu

2) Wan Ahmad Fayhsal menunggang isu penghantar makanan?

Pautan: Mulanya suruh boikot, sekarang salahkan PMX

3) Gambar Tun Abdul Taib Mahmud yang didakwa sedang kritikal, tersebar dan mengejutkan rakyat Malaysia.

Sehari selepas penafian dikeluarkan oleh isterinya Toh Puan Raghad Kurdi Taib, Tun Abdul Taib kemudian disahkan meninggal dunia pada 20 Februari.

Pautan: ‘Semua gambar itu bukan suami saya’ – Raghad

4) Individu kongsi foto ‘jenazah’ Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pautan: ‘Nak tanam ke nak bakar ni’ – Netizen jejaki walaun terlampau

5) Ramai tak sangka Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebenarnya masih meneruskan tradisi mengutus kad raya bagi menzahirkan ucapan Aidilfitri!

Pautan: Terkejut tahu Sultan Ibrahim masih teruskan tradisi ini walau bergelar Agong, untung siapa dapat

6) Disebabkan Diva AA menari sakan di atas pentas, tak pasal-pasal ekspo yang sedang berlangsung di Kedah diarah tutup serta merta.

Pautan: Peniaga menangis khemah diarah tutup gara-gara Diva AA joget di Ekspo Baling

7) Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memang tidak boleh diam dari kontroversi. Isu paling disukai pembaca kali ini mengenai pendedahan bahawa ada kakitangan anak syarikat MBI tidak dibayar gaji selama sembilan bulan!

Pautan: ‘MB Sempoi’ kena seru selepas kakitangan dakwa 9 bulan gaji tidak dibayar

8) QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia mendakwa penutupan 100 cawangan mereka bukan disebabkan gerakan boikot.

Penjelasan ini begitu menarik perhatian rakyat Malaysia kerana gerakan boikot terhadap restoran makanan segera di negara ini agak hebat juga.

Pautan: Rupa-rupanya bukan sebab diboikot, ini punca KFC Malaysia tutup 100 cawangan

9) Cuaca panas dan tiada taburan hujan yang banyak pada pertengahan April lalu menyebabkan Sungai Pahang ibarat padang pasir! Dahulu penduduk sekitar boleh berkelah sambil mandi sungai, tetapi disebabkan cuaca terlalu panas, sungai pun hilang.

Pautan: Sungai Pahang sudah jadi padang pasir

10) Aduh lagi lagi Aliff Syukri! Jadi pembayar zakat terbesar di Selangor pun masih kena kritik.

Pautan: ‘Walau dia pembayar zakat terbesar tapi juga penghina agama yang sangat…’

11) PM umum naik gaji pun tak suka.

Pautan: Tergamak pegawai KPM ‘menganjing’ PM umum kenaikan gaji

12) Tragedi paling menggemparkan apabila dua anggota polis di Ulu Tiram ditembak seorang lelaki pada Mei lalu. Lelaki berkenaan juga mati di tempat kejadian.

Pautan: Bukan setakat kubur diasingkan, jenazah suspek juga tidak boleh disolatkan di masjid

13) Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ahmad Dusuki Abd. Rani berbelanja besar menggunakan puluhan ribu ringgit derma orang awam untuk bina menara masjid. Semestinya ia perkara baik, tetapi ramai berpendapat duit derma itu sepatutnya digunakan untuk perkara lebih utama iaitu membantu rakyat kesusahan.

Pautan: Lima menara masjid cecah RM225,000, Dusuki dinasihat buat perkara lebih bermanfaat

14) Terdedah jumlah harta yang tidak diisytihar Allahyarham Tun Daim yang menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991, dan kali kedua pada 1999 hingga 2001

Pautan: Berderet tujuh keturunan tak habis, ini senarai 70 aset harta tidak diisytihar kawan baik Tun M

Â