Bukan punca cinta tiga segi, polis nasihat henti buat spekulasi kes 2 beranak mati ditetak
Polis menolak dakwaan tular di media sosial kononnya kejadian dua beranak maut ditetak di rumah sewa mereka di Kampung Sekolah, Juru, di Bukit Mertajam, pada 18 Oktober lalu berpunca daripada cinta tiga segi. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail menasihati orang awam agar berhenti membuat spekulasi dengan menularkan maklumat tidak sahih berhubung kes pembunuhan…