Author: Harapandaily
-
-
Selepas mohon maaf, 3 DJ dan tiga lagi petugas radio Era FM dipanggil Bukit Aman
Tiga penyampai radio dan tiga lagi kakitangan stesen Era FM dipanggil ke Bukit Aman pagi ini. Keenam-enam mereka dirakam percakapan berhubung siasatan mengenai dakwaan mempersenda upacara agama Hindu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata mereka akan diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. “Setakat ini, sebanyak 44…
-
MP Pas tarik balik kenyataan, PMX tarik balik saman fitnah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menarik balik saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Kuala Terengganu dari Pas, Ahmad Amzad Hashim. Peguam Anwar, Sankara Nair, hari ini mengesahkan kedua-dua pemimpin berkenaan telah mencapai penyelesaian dalam saman fitnah yang difailkan oleh Anwar pada 22 Disember 2022. “Setelah mempertimbangkan kesan saman fitnah dan kos perundangan yang bakal…
-
Ini gambaran longgokan Wang Tak Dituntut, ada caranya tuntut RM12.7 bilion
Imej janaan ChatGPT ini menunjukkan gambaran longgokan jumlah baki Wang Tak Dituntut (WTD) mencecah RM12.7 bilion yang direkodkan sehingga 31 Januari lalu. Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa bagi tuntutan WTD, individu atau waris yang berhak boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian di laman sesawang https://egumis.anm.gov.my/ atau hadir ke kaunter Jabatan…
-
Rehatkan Razman petanda Pas, PN sedang bergolak, kata AMK Perak
Keputusan merehatkan Razman Zakaria daripada tugas Pesuruhjaya Pas Perak memberi petanda ketidaktentuan hala tuju pembangkang di negeri itu yang semakin goyah. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Zaim Sidqi berkata, merehatkan Razman tidak akan mengubah hakikat bahawa pembangkang di Perak berada dalam keadaan kucar-kacir. Menurutnya Razman selama ini sudah menjadi simbol politik kebencian dan hari…
-
Gempar isteri usahawan ini maut terjatuh kondominium, siapa sebenarnya Akiko Okumura?
Nama Akiko Okumura menjadi bualan warga maya selepas pemergiannya yang mengejutkan pada Jumaat, 28 Februari lalu. Wanita Jepun berkenaan merupakan isteri kepada pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal Malaysia, Ridzuan Ridzokumura atau dikenali sebagai Ridz Okumura. Allahyarham yang berusia 50-an ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16 Subang Jaya. Jasad ibu…
-
Pas pula kalut selepas PM9 jadi suspek kes pengubahan wang haram
Reaksi Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman berhubung ketegasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri mengundang kecaman orang ramai. Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok menerusi ciapan di platform X tergamak mengaitkan SPRM dengan ‘perkakas’ melawan musuh politik. “Setuju, ketegasan SPRM siasat kes profil tinggi (PM6, PM4/PM7, PM8, PM9) mengundang…
-
Mengejutkan masih ada lagi hantaran Harith isu ‘ham’, apa kata MCMC?
Akaun dan kandungan menghina agama Islam yang dimuat naik pelawak dan pelakon Harith Iskander di akaun Facebook masih belum diturunkan walaupun aduan sudah dibuat. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, pihaknya masih dalam proses menjalankan siasatan. Lapor BH, MCMC dalam penjelasan ringkas turut mengesahkan menerima aduan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya tindakan…
-
-
Penyampai radio persenda Thaipusam: Ini penegasan Menteri Perpaduan Negara
Tindakan penyampai radio sebuah stesen swasta tempatan yang didakwa mempersenda agama Hindu baru-baru ini turut mengundang kecaman Menteri Perpaduan Negara. Datuk Aaron Ago Dagang berkata, pihaknya menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bertindak mengikut peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Jelasnya, Tindakan itu bagi memastikan sebarang penyebaran kandungan yang bersifat…