Kertas Pandora: SPRM siasat, dakwa berdasarkan bukti dan fakta
Siasatan dan pendakwaan yang dibuat oleh SPRM dalam isu Pandora Papers (Kertas Pandora) adalah berdasarkan bukti dan fakta bukan pendakwaan terpilih, kata Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki. Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan ahli ekonomi politik Edmund Terence Gomez bahawa pemimpin dari blok kerajaan tidak dipanggil oleh SPRM, walaupun dinamakan dalam dokumen yang bocor…