Miskin tegar, miskin di Kelantan meningkat cecah 77,152 keluarga
Seramai 77,152 keluarga miskin tegar dan miskin terdapat di Kelantan dengan 14,092 daripadanya adalah miskin tegar. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan, Datuk Dr Izani Husin, jumlah itu meningkat kepada 4.1 peratus berbanding sebelum ini. Jelasnya, data itu dikeluarkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM Kelantan menerusi mesyuarat…