Kalimah Allah: Peraturan dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu Julai ini
Peraturan penggunaan kalimah Allah akan dibentangkan di mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu dalam bulan Julai tahun ini, susulan dari keputusan kabinet untuk memperkemaskan peraturan tersebut. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keperluan memperkemaskan beberapa peraturan tertentu perlu dibuat supaya tiada lagi keputusan mahkamah yang bercanggah dengan Majlis Raja-Raja, terutama berhubung isu sensitif umat Islam. “Bagaimana…