Jumaat yang hitam atau Jumaat barakah?
Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan hari ini sebagai “Jumaat yang hitam” ekoran keputusan 8-1 Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 daripada 18 peruntukan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (I) Kelantan. “Jumaat yang hitam kepada syariah Islam, kepada undang-undang Islam… itu yang boleh kita (PAS) gambarkan. “Saya sebagai peguam, kita tahulah apabila sesuatu undang-undang jenayah…