Langkah Sheraton dalang prestasi atlet semakin terganggu – Hannah
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tampil mempertahankan kenyataannya bahawa prestasi kontinjen negara di pentas Sukan SEA Kemboja 2023 terganggu disebabkan ketidakstabilan politik terutama selepas berlakunya “Langkah Sheraton”. Langkah Sheraton berlaku pada Februari 2020 yang didalangi sebahagian besar wakil rakyat Bersatu termasuk Tan Sri Mahiaddin Yassin serta sekumpulan pemimpin PKR yang meninggalkan gabungan Pakatan Harapan…