KKM punyai tujuh hospital khidmat pakar jantung selain daripada IJN
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) mempunyai tujuh hospital dengan khidmat pakar jantung selain daripada Institut Jantung Negara. Sejak sekian lama, KKM telah merujuk kes-kes kompleks dan pesakit jantung kritikal ke IJN dan terutamanya untuk mengurangkan ‘kesesakan dan masa menunggu yang lama’ Pusat Jantung KKM (cth. Pusat Jantung Serdang)….