Perlu ada insentif lebih baik untuk tarik minat anak muda dalam pertanian
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dicadang untuk memperkenalkan insentif dan bimbingan yang lebih berstruktur untuk menarik minat anak-anak muda ke dalam sektor pertanian. Ini kerana kata Biro Pertanian dan Keterjaminan Makanan AMANAH, Faiz Fadzil, berdasarkan data sedia ada, hanya 15 peratus ahli Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berumur di bawah 40 tahun. Justeru menurutnya, negara memerlukan…