Selangor sasar bina 60,000 unit rumah menjelang 2025
Kerajaan negeri Selangor mensasarkan pembinaan sebanyak 60,000 unit kediaman menjelang tahun 2025. Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata Rumah Selangorku telah menjadi suatu jenama perumahan mampu milik yang dikenali oleh seluruh rakyat di negeri tersebut sehingga menyebabkan jumlah permintaan aktif kini melebihi penyediaan. “Setakat 1 Februari 2023, sebanyak 83,603 permohonan…