Dusuki masih ‘hilangkan diri’, tak bayar lagi hutang RM23,000
Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ahmad Dusuki Abd Rani seolah menghilangkan diri apabila masih belum melangsaikan hutangnya sebanyak RM23,000 kepada Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa biarpun sudah empat bulan dituntut berbuat demikian. Hutang RM23,000 itu adalah kos keseluruhan yang perlu dibayar Ahmad Dusuki selepas kalah dalam saman fitnah berhubung isu Tabung Haji. …