PM Anwar ucap selamat Thaipusam, seru rakyat kukuhkan perpaduan
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut dan masyarakat Hindu di negara ini. Perdana Menteri berkata perayaan serta budaya yang pelbagai di Malaysia adalah hujah ampuh untuk rakyat saling kenal dan membina persefahaman tatanan negara bangsa yang majmuk. “Mari bersama kita mengukuh perpaduan dan kerukunan demi pertiwi tercinta,” kata beliau…