Kes baharu sahaja difailkan, Lembaga Pengampunan tidak bincang permohonan Najib
Petisyen rayuan pengampunan yang difailkan oleh Datuk Seri Najib Razak untuk dibebaskan dari penjara tidak dibincangkan dalam sidang Lembaga Pengampunan pagi tadi. Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri selaku urus setia lembaga tersebut tidak membentangkan petisyen pengampunan terhadap Najib ketika persidangan hari ini, lapor BH. Persidangan Lembaga Pengampunan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan…