‘Pas sendiri tidak yakin letak “ulama” ketuai agensi kerajaan negeri Kelantan’
Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Mohd Amar Abdullah kononnya parti itu telah berjaya membuktikan ulama bukan sahaja mampu memberi panduan agama, tetapi mampu mentadbir negeri Kelantan dipersoalkan. Naib Pengerusi AMANAH Kelantan, Ustaz Che Ibrahim Mohamed berkata, beliau bersetuju dengan peranan ulama dalam mentadbir negeri tetapi realitinya tidak seperti yang diperkatakan bekas Timbalan Menteri Besar…