Henti serang Iran dan Palestin syarat damai dengan Israel
Iran bersedia menghentikan tindakan ketenteraan dan menyambut perdamaian dengan syarat bahawa rejim Zionis Israel menghentikan serangan terhadap wilayah-wilayah kedaulatan Palestin dan Iran. Presiden Republik Islam Iran, Masoud Pezeshkian berkata demikian dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, susulan serangan udara Amerika Syarikat (AS) ke atas tiga fasiliti nuklear utama Iran…