Program pensijilan CCISO diperkenalkan khas untuk kementerian, agensi kerajaan
Kementerian Digital menerusi Cybersecurity Malaysia melancarkan Program Pembangunan Keupayaan Profesional Keselamatan Siber – Pensijilan Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat (Certified Chief Information Security Officer – CCISO) khusus untuk pegawai kementerian dan agensi kerajaan. Pensijilan ini adalah selaras dengan Akta Keselamatan Siber 2024. Menteri Digital Gobind Singh Deo dalam ucapannya menyatakan bahawa program pensijilan ini meliputi domain…