Dakwaan MB Terengganu tidak benar sama sekali – KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain tampil menjelaskan dakwaan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kononnya diletakkan dalam Senarai Pekeliling Khas (SPK). Razarudin berkata, Menteri Besar Terengganu tidak pernah diletakkan dalam SPK kerana pemimpin Pas berkenaan bukan seorang penjenayah. Beliau menegaskan dakwaan kononnya Samsuri diletakkan di bawah status individu dianggap berisiko oleh pihak tertentu…