Walau banyak isu sosial, timbalan MB kata Kelantan negeri paling selamat
Peningkatan masalah sosial di Kelantan terutama membabitkan soal penyalahgunaan dadah dibangkitkan dalam sidang DUN hari ini. Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, walaupun isu sosial kerap dibangkitkan, namun penilaian keseluruhan perlu dibuat secara adil dan berpandukan data yang sah. Kata beliau, biarpun banyak persepsi negatif dilemparkan, Kelantan adalah negeri kedua paling selamat selepas…