Daripada RM500 sebulan, suri rumah di Kelantan raih pendapatan 10 kali ganda selepas sertai IPR
Sebuah keluarga di Kelantan berjaya mengubah kehidupannya dari hanya beroleh pendapatan RM500 sebulan kini melonjak 10 kali ganda lebih tinggi selepas menyertai Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). Seorang suri rumah, Wan Asikin Wan Hassan, 42, berkata, dia memperoleh hasil jualan antara RM13,000 hingga RM21,000 setiap bulan berkat jualan menu rahmah melalui mesin layan diri (vending machine)….