Calon Ketua Pengarah J-Kom sudah dimuktamadkan
Calon Ketua Pengarah (KP) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) sudah dimuktamadkan dan akan diumum selepas selesai beberapa proses dokumentasi. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, nama calon berkenaan sudah diluluskan dalam mesyuarat Kabinet. Dalam masa sama, katanya, kementerian itu dalam proses merombak struktur J-Kom. “Yang lebih penting daripada pelantikan KP J-Kom seperti yang saya sebut sebelum ini…