Anwar masih tidak ambil gaji, potongan gaji menteri diteruskan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendiriannya sebelum ini bahawa tidak akan mengambil gaji bagi jawatan disandangnya sejak November 2022 itu selagi ekonomi negara tidak pulih sepenuhnya. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, potongan gaji sebanyak 20 peratus kepada barisan jemaah menteri juga masih diteruskan. ”Setakat ini, saya umumkan saya tidak ambil gaji,…