Amaran hujan sangat lebat tahap bahaya, buruk di enam negeri hingga 29 November
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di Terengganu melibatkan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman sehingga 29 November ini. Hujan sangat lebat berterusan dalam tempoh sama juga dijangka berlaku di Pahang iaitu sekitar Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin. Sementara itu, jangkaan hujan berterusan tahap buruk juga sehingga 29 November direkodkan…