‘Dah bersalam, jadi terkedu dan terkhilaf tidak bersalaman sekali lagi’
Selepas dihujani kecaman orang ramai lantaran tidak bersalaman dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, akhirnya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Perniagaan Peladang Sdn Bhd (MADACorp), Abdullah Ismail tampil bersuara. Abdullah memberitahu dia terlebih dahulu telah bersalaman dengan Datuk Seri Mohamad Sabu semasa program Sentuhan Madani Negeri Kedah kelmarin sejurus Menteri berkenaan keluar dari kereta. “Kemudian…