PM Anwar sambut baik pengumuman gencatan senjata di Gaza
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan pengumuman perjanjian gencatan senjata di Gaza, yang dijadualkan berkuat kuasa pada hari Ahad. Beliau dalam satu kenyataan berkata, langkah kritikal ini memberikan kelegaan yang sangat diperlukan untuk penduduk Gaza, yang telah lama menanggung penderitaan yang begitu mendalam. “Saya mengiktiraf usaha Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat dalam perantaraan perjanjian…