Luruan monsun diramal hingga 16 Disember, apa maksudnya?
Luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga 16 Disember ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia). Menerusi kenyataan hari ini, METMalaysia memaklumkan keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur dan utara Semenanjung serta Sabah sepanjang tempoh berkenaan. “METMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk dan waspada) membabitkan timur dan utara Semenanjung berkuat kuasa sehingga 11…