Pegawai perubatan, pergigian, farmasi lantikan kontrak KKM kini jadi lantikan tetap
Sejumlah 3,950 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi lantikan kontrak di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dilantik secara tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada 21 Oktober 2024. Dari angka di atas 3,200 merupakan pegawai perubatan manakala 350 ialah pegawai pergigian dan baki 400 ialah pegawai farmasi. Status kerja kontrak merupakan salah satu isu terbesar dalam…