Keputusan SPM 2023, ini cara semak mudah lagi pantas pada 27 Mei
Seramai 395,870 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 boleh mengetahui keputusan peperiksaan yang diambil pada Isnin, 27 Mei ini mulai pukul 10.00 pagi. Semua calon boleh menyemak keputusan SPM masing-masing dengan mudah dan pantas secara dalam talian dan melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi platform media sosial X memaklumkan…