Setiap 2 minit, berapa kematian direkodkan di Malaysia?
Secara purata satu kematian direkodkan pada setiap dua minit, manakala 22 kematian direkodkan setiap jam dan 533 kematian sehari. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, sebanyak 47,964 kematian direkodkan pada suku tahun pertama 2024. Jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 1.5 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 sebanyak 48,693 kematian. “Bilangan kematian…