Malaysia gesa masyarakat antarabangsa ambil langkah laksana keputusan ICJ
Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa supaya melaksanakan keputusan yang ditetapkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk menghentikan keganasan Israel. Wisma Putra menerusi kenyataan berkata, serangan berterusan rejim Zionis menunjukkan Israel tidak menghormati badan kehakiman tertinggi dunia dan prinsip yang dipegangnya. “Malaysia bimbang ketidakpedulian masyarakat antarabangsa terhadap kekejaman ini akan memburukkan situasi kemanusiaan yang semakin genting di Gaza….