PN akhirnya akur bertemu TPM bincang peruntukan pembangkang
Selepas lebih setahun Perikatan Nasional enggan berbincang dengan kerajaan mengenai peruntukan kepada pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin akhirnya dilaporkan telah pun bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri untuk memohon peruntukan wakil rakyat blok itu. Selaku ketua pembangkang, Hamzah dilaporkan hadir dengan Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee untuk membincangkan isu peruntukan terbabit….