Asyraf Wajdi naik angin, kontraktor makanan MRSM buat kerja cincai
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berang dengan tindakan “cincai” segelintir kontraktor yang bertanggungjawab mengendalikan dewan selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Beliau dalam satu hantaran di Facebook mendakwa, ada kontraktor dewan makan yang menyediakan makanan sambil lewa selepas mengetahui kontrak mereka bakal tamat. Beliau justeru menegaskan agar kontraktor itu disenaraihitamkan…