Malaysia kemuka permohonan tambah kuota haji 31,950 jemaah tahun depan
Malaysia mengemukakan permohonan kepada Arab Saudi agar menambah kuota rasmi haji kepada 31,950 jemaah bagi tahun hadapan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Na’im Mohktar berkata perkara itu selaras dengan pertambahan jumlah penduduk negara ini menurut prospektus populasi 2019 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa iaitu seramai 31.95 juta. “Bagi membolehkan lebih ramai umat Islam…