Apa kata menteri selepas melawat pusat penyembelihan halal Jepun?
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berharap rakyat Malaysia menjadi peneraju dalam rantaian nilai halal global bukan sekadar pengguna. Beliau berkata demikian selepas berkongsikan pengalamannya melawat pusat penyembelihan halal Sanda Shokuniku Kosha di Kita-ku, Kobe City, Wilayah Hyogo, Jepun. Katanya, pusat penyembelihan halal tersebut satu-satunya fasiliti halal yang diiktiraf di wilayah itu…