Dua anggota bomba buat komen jelik masih disiasat
Siasatan terhadap dua anggota bomba yang dikesan membuat komen jelik menerusi media sosial masing-masing masih dijalankan. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohamad, pemantauan juga dijalankan terhadap akaun media sosial dua anggota itu sebelum sebarang tindakan dibuat. “Kedua-dua mereka masih bekerja seperti biasa. Namun, kita pantau media sosial mereka…