Penganalisis unjur KDNK suku pertama tahun ini cecah 5.6 peratus
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2023 diunjurkan mencecah 5.6 peratus berbanding 5.0 peratus pada suku yang sama 2022, kata Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB). Dalam nota penyelidikan hari ini, bank itu menjelaskan pertumbuhan memberangsangkan suku pertama tahun ini disokong oleh permintaan domestik yang kukuh selain inflasi sederhana dalam menghadapi cabaran luaran….