Apa maksud di sebalik kejutan demi kejutan di dalam pemilihan PKR peringkat cabang?
Penganalisa politik Universiti Malaya Profesor Dr Awang Azman Awang Pawi berpandangan bahawa kejutan-kejutan yang berlaku dalam sesi pemilihan cabang PKR boleh ditafsirkan dari beberapa sudut. Pertama ialah ia merupakan isyarat daripada akar umbi. “Kegagalan beberapa wakil rakyat dan pemimpin kanan dalam pemilihan cabang menunjukkan bahawa akar umbi sedang menghantar mesej jelas – mereka mahu perubahan…