Dengan cuaca hujan panas, mustahil jalan 300 km cuma melecet kaki – Pelari jarak jauh
Seorang pelari jarak jauh, Norhani Mohd Jaffar berpendapat agak sukar untuk mempercayai bagaimana seorang individu boleh berjalan sejauh kira-kira 300 kilometer (km) dari Johor ke Istana Negara, dengan kesan sampingan cuma melecet di kaki. Juara kategori wanita acara larian denai, Cameron Ultra 2022 bagi jarak 55 km itu berkata, sesiapa sahaja boleh melakukan perjalanan tersebut…