Kerajaan Perpaduan tanggung beban keputusan dasar kerajaan terdahulu
Kerajaan Perpaduan menanggung beban kerana keputusan dasar kerajaan terdahulu yang salah berkaitan dengan keterjaminan makanan, dakwa Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh. Ini berlaku meskipun ahli parlimen berbahas berkenaan isu ini selama lebih sedekad. Perkara ini membebankan kerajaan kini, kata beliau ketika menjawab soalan Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjung Karang-PN)…