Kerajaan nyahklasifikasi laporan siasatan nahas udara pemimpin Sabah 1976
Kerajaan Malaysia bersetuju untuk mendedahkan laporan penuh siasatan nahas pesawat udara yang dikenali tragedi ‘Double Six’ membabit sejumlah pemimpin Sabah pada 6 Jun 1976. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan memahami keresahan ahli keluarga mangsa terbabit dan tuntutan rakyat Sabah selama 47 tahun yang mahu mengetahui tragedi mengakibatkan pemimpin utama negeri itu terkorban….