Pengeluaran caruman KWSP tidak dibenarkan untuk melindungi rakyat
Kerajaan bertanggungjawab melindungi rakyat terutamanya golongan berisiko seperti pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk hari tua. Justeru itu, kerajaan tidak membenarkan pengeluaran caruman secara bersasar, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. Beliau menjelaskan bahawa pengeluaran sebegitu akan mengurangkan simpanan hari tua pencarum tanpa menjejaskan dana kerajaan. “Dalam tempoh dua tahun…