Tiada rancangan untuk menyebat banduan pengedaran dadah
Jabatan Penjara Malaysia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk melaksanakan hukuman sebat kepada pesalah pengedaran dadah di khalayak ramai. Ini kerana Jabatan Penjara Malaysia hanya melaksanakan hukuman sebagaimana termaktub dalam Kanun Prosedur Jenayah seksyen 286, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Sebatan hanya dijalankan sekiranya ia dinyatakan dalam waran hukuman yang dikeluarkan oleh mahkamah….