MB, Exco tiada kepentingan dalam Landasan Lumayan, itu syarikat kerajaan negeri
Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi di dalam syarikat Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLB) seperti didakwa Perikatan Nasional (PN). Menteri Besar berkata kedudukannya dalam syarikat itu adalah bertujuan mewakili kerajaan negeri. “Saya ingin tegaskan saya mewakili kerajaan negeri untuk memastikan kepentingan kerajaan negeri tidak terganggu dan tidak terkurang,” katanya…