Pahang-Selangor rintis kerjasama pengurusan kualiti air mentah, perhutanan
Penyaluran dan pengurusan kualiti air mentah menjadi antara lima perkara utama kerjasama yang dirintis oleh kerajaan negeri Pahang dan Selangor. Perkara tersebut dibincangkan dalam mesyuarat dua hala pertama kedua-dua kerajaan negeri sejak Kerajaan Perpaduan Pahang ditubuhkan pada hujung tahun lalu. Menteri Besar Pahang dan Selangor dalam kenyataan bersama berkata pertemuan tersebut amat penting terutamanya dalam…