Empat cadangan AMANAH tangani isu arak dalam penerbangan negara
AMANAH menegaskan isu hidangan arak oleh pramugari Muslim di syarikat penerbangan negara perlu ditangani dengan hikmah dan keseimbangan tanpa dipolitikkan. Dalam kenyataan bersama, empat Ahli Parlimen AMANAH berkata, hal tersebut mesti diselesaikan mengikut tuntutan agama Islam serta mengambil kira realiti operasi industri penerbangan antarabangsa dan imej Malaysia sebagai negara Islam moden berteraskan konsep Rahmatan Lil…