Terbongkar 36 warga Bangladesh di Malaysia disyaki terbabit gerakan militan ekstrimis
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membongkar gerakan militan berasaskan fahaman ekstremis dan ideologi keganasan yang didalangi 36 warga Bangladesh di negara ini. Kesemua saspek yang dikenal pasti terlibat secara langsung telah berjaya ditahan menerusi operasi besar-besaran sejak April lalu dalam tiga fasa tangkapan di sekitar Selangor dan Johor. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution…