Anggota bomba di Kelantan buat komen jelik politik berdepan tindakan
Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Kelantan yang membuat hantaran komen jelik berkaitan politik di laman sosial bakal dikenakan tindakan. Pengarah JBPM Kelantan, Farhan Sufyan Borhan berkata, siasatan ke atas anggota yang berusia 40-an itu telah dilakukan. Menurutnya amaran kepada anggota berkenaan telah diberikan, bagaimanapun setakat ini belum ada tindakan yang diambil….