Selepas beberapa kali tangguh beri keterangan, SPRM akan jumpa doktor Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah beberapa kali menangguhkan sesi rakaman keterangan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas faktor masalah kesihatan. Susulan itu, SPRM akan merakam keterangan doktor yang merawat Ismail Sabri mengenai status sebenar kesihatan bekas Perdana Menteri itu. SPRM memaklumkan keterangan pegawai perubatan itu akan diambil sebelum pihaknya dijadual bertemu pemimpin itu,…