Tular video promosi Tahun Melawat Kota Bharu 2024, mana imej masjid?
Tular video promosi Tahun Melawat Kota Bharu 2024 terbitan Media Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang hanya meraih kira-kira 1,100 tontonan di YouTube setakat ini. Tersebar kembali di platform TikTok, video montaj Pakat Maghi Kota Bharu tersebut menggamit perhatian warganet termasuk persoalan tiadanya imej masjid di negeri dikuasai Pas sejak 35 tahun lalu…