Pertingkatkan hasil daging, padi jadi tumpuan, kata Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberikan fokus untuk meningkatkan pengeluaran hasil ruminan negara dan padi. Perkara ini dinyatakan oleh menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam satu kenyataannya selepas mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Bilangan 1 Tahun 2025 (NACCOL) semalam. Menurut Mohamad, pengeluaran hasil ruminan negara kini berada pada tahap sekitar 20% hingga 25% sahaja…